saya sendiri niat asalnya nak datang lebih awal. namun tak dapat berbuat begitu kerana dirumah mertua ada majlis keduri arwah, cukur jambul dan majlis pertunangan adik ipar yang diadakan serentak. mahu tak mahu terpaksa akur sehingga majlis selesai. jam 4.00 pm baru bergerak dari parit Buntar (rumah mertua) ke Pulau Pinang (Rumah sdr Asri) ditambah dengan keadaan jalan raya dimusim perayaan ini, faham-fahamlah....
Begitu juga dengan Ust Fahmi, Dikhabarkan keretanya terlibat dengan kemalangan jalanraya beberapa hari sebelum Aidilfitri. dia sendiri tak dapat menghadiri program yang sepatutnya diterajui olehnya.
Jutaan terima kasih kepada Tuan rumah, Sdr Asri, tukang masak pada hari itu, Sdr Danial yang balik awal (tak sempat nak jumpa) dan kawan-kawan yang membantu menyediakan juadah, sdr Rozali, Sdr Yusuf, bro Badruddin dan bro Musofri, sdr Din Deran dan lain-lain...
Sesuatu yang agak berlainan hari itu pada saya adalah 'tazkirah santai' dari Sdr Yusuf atau nama 'maya'nya CIKGU TOI... walaupun ramai sahabat-sahabat yang balik kerana mempunyai komitmen masing-masing, namun cikgu Toi menghidupkan suasana dengan 'tazkirah' ringkasberkaitan makrifatullah.
Sdr Junaidi yang kelihatan 'mamai' (mungkin terlalu banyak makan daging kambing) sejurus melabuhkan punggungnya di bangku, ternganga mendengar bait-bait ayat dari Sdr Cop yang sedang berhujah kemas...
Tak semena-mena Fadlullah sampai sekeluarga. insyaallah ada masa dan kelapangan, program seperti ini wajar kerap diadakan pada masa-masa yang akan datang. namun perlu diingat, mungkin diantara kita berbeza pendapat dan keadaan ekonomi. justeru itu perjumpaan seperti ini tidak harus dikaitkan dan dibangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ediologi masing-masing. dan tidak perlulah terlalu menonjolkan 'kelebihan' masing-masing kerana dikhuatiri akan ada peserta yang malu nak datang, maklumlah mungkin malu dengan kekurangan berbanding dengan rakan-rakan yang lain.
Akhir kata, saya selaku admin ingin memohon ampun dan maaf pada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini seandainya masih ada sisa-sisa kesalahan dan kesilapan dimasa lampau, bak kata ust Fahmi, biar kita settle di dunia daripada ditanya diakhirat kelak.
wallahualam..
Bro Musofri dan Sdr Junaidi berebut peha kambing
last2 dapat juga kat Sdr Junaidi
"hang pa jangan dok buat berebut no, ini kambing ana yang punya.." mungkin itu yang dikatakan oleh Sdr Danial kepada Sdr Junaidi dan Bro Zalie
Kami hanya insan yang tak punya daya kekuatan, Hanya pada-MU Ya ALLAH kami berserah. satukanlah hati-hati kami, rapatkanlah silaturrahim di antara kami...
* hanya gambar ini yang dapat disiarkan, ini pun diambil pada FB Sdr Junaidi, pada yang ada koleksi gambar-gambar yang ada kaitan dengan TTL, boleh PM ke FB saya. Jangan post gambar perempuan sudahlah..