::Hakcipta Terpelihara 2010; kampung Talang Dalam Kenangan::. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 29 November 2010

Corat-coret dari Penang

"Gambar ni boleh boh kat facebook ni" mungkin itulah bisik hati Lan.


Asri sedang menikmati juadah selepas penat bergotong royong dalam majlis korban sempena Aidiladha baru-baru ini.


Lan bersungguh-sungguh memegang ekor lembu yang hendak dikorban bagi mengelak dari meronta-ronta.

Baru-baru ini sempena hari raya Aidiladha, bertempat di Rumah Tamu Bukit Jambul, beberapa teman menghadiri majlis Korban yang diadakan

Isnin, 8 November 2010

ALLAHUAKBARULLAHUAKBAR...!!! tersentak Lie dari lamunan, laungan azan dari musolla yang jaraknya kurang dari 200 meter dari pohon yang sering menjadi tempat Razali dan kawan-kawannya melepak. Lamunan indahnya tersentak dek Azan yang dilaungkan oleh Muaz dengan suara yang sangat merdu. Sejak tadi lie memikirkan sesuatu yang menjadi persoalan di kepalanya.

puas ia cuba merungkaikan masalah yang dihadapinya, namun semakin difikirkan semakin kusut kepalanya.

Ahad, 7 November 2010

Pengalaman itu guruku

Kelihatan dari jauh, seseorang sedang duduk di beranda surau. Gayanya seperti sedang melayan perasaan. Pandangannya dilempar jauh seperti sedang berfikir sesuatu. Sesekali di lepaskan helaian demi helaian nafas..

Asri sejak tadi menyaksikan gelagat Zudin yang dikiranya agak berlainan dari kebiasaan, datang menyapa. "
hang dok buat apa kat sini Din" sapa Asri lantas menyentak Zudin dari lamunannya. "eh Asri, hang ka, awat hang nak pi mana ni" balas Zudin dengan slang utaranya yang agak pekat. "aku dok tengok hang daghi tadi temenung ja, hang ada masalah ka" Tanya Asri lagi meyakinkan.

"
sebenaqnya..." Zudin tidak menghabiskan ayat yang hendak diungkapkan, sepertinya sedang menyimpan sesuatu rahsia yang besar. Asri yang sejak tadi menanti jawapan, seperti tidak sabar lagi menunggu apa yang akan diungkapkan. "kalau hang ada masalah, hang bagi tau la kat aku. kot-kot la aku boleh tolong hang. kita ni kawan Din bukan orang lain" terang Asri meyakinkan.

"
sebenaqnya aku ada ghancangan, malam ni aku ghasa nak kluaq pi kola kangsaq la Asri" ungkap Zudin bersahaja. "ish, hang nak kluaq ngan apa Din, kan kola kangsaq tu juoh, dah la tu hang nak pi malam-malam pulak, hang ni biaq betui" ungkap Asri dengan nada kehairanan. "sebenaqnya aku nak balaih moto ustaz, aku bukan nak pi soghang-soghang tapi aku nak pi tiga oghang" balas Zudin menambahkan lagi kehairanan Asri..

hang ni biaq betoi din, hang nak balaih moto ustaz yang mana satu?, hang gheti bawak moto ka?” Asri bertanya lagi. “Sebenaqnya dalam dua tiga haghi ni aku dok tengok ustaz Fahimi dok bawak daghi dekat, kigha blajaq la tu, la ni aku dok yakin bulih bawak dah!” Zudin menjawab penuh keyakinan. “aku bukan nak tunjuk baik Din, tapi hang pikiaqla dulu benda hang nak buat ni din, belakang haghi satgi aku takut jadi benda tak elok kat hang kalau ustaz tau, takkan hang tak kenai peghangai ustaz Fahimi tu” nasihat Asri panjang lebar. Namun bagi Zudin, ia tidak ubah seperti ia sedang di cabar.semangatnya tambah berkobar-kobar untuk melaksanakan misi tersebut.

Baginya sejak berada di Kampung Talang, kehidupannya bagai tidak seimbang dengan pelajar-pelajar lain yang sama-sama belajar di perkampungan tersebut. Baginya wang pemberian bapanya sebanyak rm60 sebulan sama sekali jauh daripada mencukupi. Ditolak yuran bulanan sebanyak rm45, bakinya Cuma rm15. Hanya itulah perbelanjaan yang harus dijimatkan sementara menunggu tempoh sebulan yang akan datang.

Berbanding pelajar lain yang jauh lebih baik, lebih-lebih lagi pelajar yang ibu bapanya bekerja jemaah. Dah la yuran tak payah bayar, duit belanja banyak, sekurang-kurangnya adik-beradiknya yang memberikannya. Jika seorang rm50, bayangkan anak ahli jemaah yang mempunyai 4 orang abang atau kakak. Tentunya belanjanya lumayan, dah la yuran tak kena bayar! Bentak hati kecilnya. Terasa bagaikan dirinya dalam keadaan yang tertindas dari keadilan.

hah Din macam mana, hang nak teghuskan niat hang nak balaih moto tu ka”? tanya Asri penuh kepastian. “ha ah, jenis aku kalau buat gheja tak patah balik punya Asri, lagi pun aku bukan nak balaih teghus moto ustaz tu, sat ja, nanti aku letak balik elok-elok, bukannya ustaz tau pun” jawab Zudin selamba. Setelah mendengar jawapan Zudin dan yakin ia tidak berubah, Asri pun mengalah. Baginya dia hanya mampu memberi nasihat, untuk berubah, bukan haknya untuk mengubahnya. Baginya, hanya doa yang mampu di panjatkan kepada ALLAH SWT agar Zudin tidak ditimpa sebarang musibah dan agar disaat-saat akhir Zudin membatalkan niatnya itu..

Tahu sangat Asri tentang perangai Zudin itu, jika ia inginkan sesuatu, pasti ia akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya. Cuma dalam keadaan ini, kerisauan Asri agak tinggi memandangkan Zudin memang tidak pandai menunggang motosikal. Setahu Asri, di kalangan pelajar di Kampung Talang ini hanya ia seorang yang mahir menunggang motosikal itu pun dijalan kampung sahaja. Tidak pernah walau sekali Asri melangkau hingga kejalan besar. Jika itu berlaku pasti ia akan dimarahi oleh Ustaz Fahimi, jika tidak pun Ustaz Pian. Ia boleh menunggang ini pun kerana hubungannya dengan ustaz Mansor agak akrab. Walau pun ustaz Mansor tidak diberikan tugas mengajar, tetapi beliau sangat disegani oleh ustaz-ustaz lain. Mungkin kerana kecekapannya bertukang. Mungkin juga ungkapan yg ‘gemerisik’ bak burung kelicap dengan ‘slang’ peraknya menyebabkan beliau di segani...

Sejak daripada itu, Asri jarang berjumpa dengan Zudin. Mungkin ia sedang sibuk dengan rancangannya, bisik hati kecil Asri. Adalah sesekali berselisih, kadang-kadang sewaktu di musolla, tetapi tidak selalu seperti kebiasaannya sebelum ini.

Suatu hari, setelah selesai solat asar, seperti kebiasaannya, Asri selaku ‘Amir’ @ ketua bagi biliknya, terus menuju ke asrama kerana hendak menukar pakaian. Baginya tugasan yang diberikan kepadanya oleh ustaz Azri pagi tadi harus dilaksanakan dengan sesegera mungkin. Kerana setakat ini rekodnya cukup bersih. Ini berlaku kerana setiap tugasan yang diamanahkan kepadanya di selesaikan dengan sebaik mungkin. Bah kan beliau melakukan kerja-kerja pertukangan secara individu yang tidak di tugaskan kepadanya secara sukarela. “WIUNG.. WIUNG.. WIUNGG..!!!!!” siren surau berbunyi nyaring. Siren yang biasanya di gunakan di kilang atau pun kedai.

semua pelajar di kehendaki berkumpul dan beratur di padang depan asrama!” suara ustaz Fahimi kedengaran sayup-sayup bernada tegas dari balik dinding asrama. Kelihatan para pelajar bergegas mengikut arahan dan yang lain ada yang berlari anak, dan ada yang berlari bak pelari acara 100 meter sukan komenwel. “ada apa ni?” bisik hati Asri kehairanan. Melihat keadaan tersebut hati terus bertanya-tanya.

Setelah semua pelajar sudah berbaris dan membuat barisan. “ustaz nak tanya, siapa yang ambik motor usataz tanpa kebenaran sila mengaku, kalu tak ada yang mengaku ustaz nak buat tahlil biar kembong perut?” Ustaz fahimi menambah, dengan mukanya yang merah menandakan kemarannya sukar di bendung.

Jauh di belakang barisan, Zudin yang sejak tadi tenang mendengar amaran ustaz Fahimi, kini melontarkan pandangan tepat ke arah Asri. “sudah, apakah Zudin yang melakukan semua ini” bisik Asri. Sejurus itu ustaz Fahimi berlalu, gayanya seperti pergi ke pejabat yang terletak di atas musolla. Tidak lama selepas itu datang ustaz Pian. “nama yang ustaz sebut ni naik pejabat!” Zudin, Azhar dan Toriq.

Setelah namanya disebut, dengan tenang Zudin melangkah sambil melemparkan pandangan dengan ekor mata kepada Asri. Seribu satu persoalan yang bermain di dalam benak perasaan para pelajar lebih-lebih lagi Asri. Setelah itu ustaz Azri mengarahkan semua pelajar bersurai.

Malam itu, selesai sahaja solat Isyak Asri bingkas bangun mendapatkan Zudin yang sejak tadi duduk di bawah pokok kayu di sebelah jambatan kecil berhampiran asrama.

Din ustaz Fahimi jumpa hang sebab pa Din?” Asri menyoal ingin tahu. “hang tau dak, aku kena tokak dengan ustaz Fahimi, dia dah tau kami yang balaih moto dia tu, mana dia tak tau, gear moto dia jadi tegak aku dok buat. Aku blajaq dulu moto yang tak dak klass, yang aku bawak ni moto ada klass. Patut pun aku masuk gear tak bulih-bulih, dok mampuih ja. mula-mula Azhar jadi suspek, tapi dia dok habaq habih yang dok terlibat ni, kami pun kena la” ungkap Zudin panjang lebar. “hang biaq betoi, uztaz tokak hang?” tanya Asri ingin kepastian. “ masa kami naik pejabat tu dia dah stanbay ngan ekoq paghi, depa bedua kena libaih tang badan, tak ubah macam oghang dok kena tibai kat penjagha. Aku pulak dah la kena tibai, siap tokak tang belakang lagi” balas Zudin diiringi dengan lakonan tragedi tersebut. Asri yang sejak tadi mendengar cerita dari Zudin, terus tergelak tanpa dapat ditahan lagi...

Sabtu, 6 November 2010

Selamat datang..

Assalamualaikum warah matullah..

pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang pada sahabat-sahabat yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini.

Bukan tujuan saya hendak mengungkit perkara lalu yang sudah lama ditinggalkan oleh masa, tetapi tujuan saya hanya sekadar mencuit memori silam yang tak mungkin akan saya lalui lagi...

Dalam kegairahan kita mengejar keindahan hidup yang tak pasti, kadangkala kita terlupa setiap saat masa yang kita tempuhi menyebabkan ada insan lain yang memendam rasa, terguris hati dan perasaan... sehingga ke satu saat apabila kita mula berfikir tentang kehidupan yang abadi.

Di kesempatan ini, ingin saya hulurkan salam kemaafan sekiranya kisah silam yang kita lalui bersama dulu menjadi memori yang kurang manis buat anda semua.

Buat Asri di pulau pinang, Zudin di Alor Setar, Zuahir di Langkawi dan semua yang pernah bertemu walau sesaat dalam memori silam ini, Selamat maju jaya saya ucapkan..

Poll

About This Blog




  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP