::Hakcipta Terpelihara 2010; kampung Talang Dalam Kenangan::. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 7 Januari 2011

Zalie & pengalaman

Bukan di planet Zuric tau, gambar Kg Talang peringkat awal.


Di hujung kolam, kelihatan Cop sedang rancak membuat latihan silat bersama Fahmi. Lie sejak tadi menyaksikan gelagat Cop dan Fahmi tidak sedikit pun menunjukkan minat terhadap apa yang di lakukan oleh kedua-dua orang sahabatnya itu. Bukan kerana mereka pernah membulinya tetapi fikiran Lie sekarang sedang berkecamuk memikirkan perkara yang benar-benar penting unutuk dia membuat pilihan.
“ anta kena pergi ORD hari sabtu ni” masih terngiang-ngiang ditelinga Lie ucapan yang terkeluar dari mulut ustaz Haris pagi tadi. Lie agak tergamam mendengar arahan itu. Mana tidaknya, hari sabtu sepatutnya dia bersama kumpulan nasyid sekolah membuat persembahan di sebuah hotel di Ipoh. “ aduhhh…. Macamana ni” bisik hati kecil Lie. Hatinya berbelah bagi untuk membuat pilihan antara mengikut ustaz Kamaruzzaman ke Kedah untuk pogram ORD ( operasi risalah dakwah) atau ikut ustaz Roshidi ke Ipoh membuat persembahan nasyid, bidang yang memang lie minat sejak dari kecil lagi.
Tetapi untuk menolak arahan dari ustaz Haris memang tak mungkin. Siapa yang tak kenal ustaz Haris yang garang tu. Lie masih teringat salah satu kuliah yang di hadiri beberapa bulan yang lalu. Dalam kuliah tersebuat ustaz Rahim binjai sebagai penceramahnya ada mengungkapkan beberapa ungkapan yang sehingga kini masih bermain-main di telinga Lie, “…… jadi abid di malam hari, dan singa di siang hari…!” itulah antara yang selalu Lie dengar dari mulut ustaz Rahim binjai. Kini Lie faham, singa di siang hari yang ustaz Rahim binjai sebutkan itu mungkin ustaz Haris kut. ‘Sebab ustaz Haris tu garang macam singa’ bisik Lie sendirian.
Sesekali Lie menoleh kea rah Cop dan fahmi yang membuat latihan silah di tepi kolam. Dari jauh lie melihat Cop berlari laju sambil tangannya ke atas sambil menjerit seolah-olah membaca mentera dengan nada yang kuat bak halilintar. “ silat apa pulak ni, tak pernah aku tengok pun silat camni” bisik hati Lie. Lantas Lie memalingkan muka kea rah lain. Badannya terasa letih dan lesu ditambah fikirannya yang kusut membuatkan mata Lie terasa mengantuk, lalu dia merebahkan badan di atas kerusi kayu panjang yang di buat oleh Asri beberapa hari lalu.
Hati lie terus berbisik, “ kalaulah aku berniaga, tentu aku banyak duit. Macam abang aku Jasmin tu” sambil fikirannya melayang mengingatkan kembali pengalaman membantu abangnya berniaga sewaktu cuti sekolah semester yang lepas…..
“mari-mari, sayoq ada, toqua ada, mi koteaw dan tempe semua ada, mari – mari..!!!” jerit Lie bersemangat. “hai cik adik, mai singgah beli sayoq, abang bagi harga murah, mai la..” pujuk lie melihat beberapa gadis melintas di hadapan tapak perniagaannya. “ha, mak nak apa, toqua ada?” Tanya Lie kepada seorang mak cik bersama anak perempuannya lantas bingkas mencapai plastik bag yang tersangkut di tiang payung . “aku tak mau suma tu, aku Cuma nak daun sup dan taugeh 5 kupang ja” jawab mak cik selamba. Sepantas kilat Lie memenuhi permintaan makcik tadi seperti yang di kehendaki.
“Boleh tahan jugak malam ni, banyak sayoq dah habis. Untung besaq ni..” bisik hati Lie berbunga – bunga. Sejak Lie menceburi bidang niaga memang rezekinya agak murah. Dengan kerajinannya yang tak pernah miss berniaga setiap malam kecuali malan selasa, menyebabkan kini Lie memiliki sebuah van Mazda bonggo 1.8. dan antara pasar malam yang paling di sukainya adalah pasar malam Kilang Lama, Kulim Kedah.
Mulanya Lie berniaga menggunakan wagon sahaja, tetapi sejak perniagaannya meningkat, kini lie terpaksa membeli van pula.
Malam kian laru, sesekali Lie melirik jam tangannya. “dah pukui 9 dah,” lantas Lie mengemaskan barang- barang untuk di bawa balik. Setelah semuanya di muatkan di dalam van, Lie menghidupkan enjin van dan “VVVrrroooommmm…!!!” sepantas Ferrari van mazda Lie menghilang dalam kegelapan malam bersama kegembiraan yang tak terbilang.
Di rumah, emak Lie risau mengenangkan Lie yang tak balik malam tadi. “ mana pi abang hang ni Lan?” emak lie bertanya sebaik melihat Lan keluar dari bilik mandi. “ala mak jangan dok risau la, ni mesti tidoq rumah Asri” jawab Lan yang faham benar dengan perangai abangnya itu.
Di rumah Asri pula,


Bersambung...

Khamis, 6 Januari 2011

PERBARISAN

Perbarisan sebelum masuk kelas tiap2 pagi. Sapa yang tak pakai seragam putih, siapla pungkoq kena sebat

Poll

About This Blog




  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP